Masyarakat Kerajaan Kongo

Masyarakat asas dalam kerajaan ini mula terdiri daripada kampung disebut vata atau libata diketuai seorang nkuluntu. Semua penghuni kampung-kampung ini dikehenadki berhijrah setiap sepuluh tahun agar tidak menyebabkan tanah sekitar hilang kesuburannya. Setiap vata ini terkumpul dalam badan serupa negeri iaitu wene diketuai seorang awene; pemimpin bergelar awene pula dipilih dalam kalangan penduduk kampung yang lebih besar atau bandar-bandar kecil di antara 1,000 dan 5,000 orang iaitu mbanza.


Berkaitan